LAWATAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID) HULU SELANGOR


Batang Kali, 17 Januari 2017, Selasa – Pihak Maahad Tahfiz Al Fateh, Batang Kali telah menerima kunjungan dari pihak Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor ke tapak maahad tahfiz.

Perbincangan dari Ustaz Hamzah, PAID Hulu Selangor yang akan menguruskan proses pendaftaran Maahad Tahfiz Al Fateh ke Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) setelah dokumen yang diperlukan sempurna.

Ustaz Hamzah menerangkan dan memberi panduan dalam urusan pendaftaran maahad tahfiz. Perkara yang penting telah disampaikan kepada pihak Maahad Tahfiz Al Fateh bagi memudahkan urusan pendaftaran dengan JAIS kelak.

PAID Hulu Selangor menyokong penuh usaha menubuhkan Maahad Tahfiz di Sekitar Hulu Selangor. Beliau memberitahu Maahad Tahfiz di sekitar Hulu Selangor tidak melebihi dari 20 buah Maahad.

Mari kita sama – sama mendoakan kejayaan penubuhan Maahad Tahfiz Al Fateh ini.

 

 

Sebarang Sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke akaun Pusat Latihan dan Tahfiz Bersepadu Sdn Bhd

Maybank 5628 3463 2065

atau

Bank Islam  12029 0100 73969

” Semoga Allah memberi kekayaan dan keberkatan kepada mereka yang menderma untuk Maahad Tahfiz Al Fateh ini “